Skip to main content

Posts

Mari Mengenal: Maksud Sarang Labah-Labah

Assalamualaikum w.b.t Hari ini merupakan hari ke-3 Blog Mr Kosong. Pada hari ini kita akan bincangkan satu tajuk tentang Sarang Labah-Labah. Sarang Labah-Labah jika diterjemahkan dalam bahasa inggeris maka ia akan digelar SPIDER WEB. Dalam bahasa arab pula ia digelar Al-ANKABUT. Mudahkan nak mengenal namanya. Tak Kenal Maka Tak Cinta. Al-Ankabut ini merupakan nama bagi satu surah Al-Quran. Terdiri dari 69 ayat dan merupakan surah ke 29. Jadi persoalannya, apakah yang perlu kita ambil dari surah ini? Sama-sama kita selusuri apa yang terdapat dalam surah ini. Antaranya: Awalnya surah ini Allah mengkhabarkan kepada kita tentang semua jalan kehidupan yang Islam syariatkan. Allah memberikan tamsilan (perbandingan) di antara orang Islam dan Munafik. Allah menceritakan kisah Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Luth, Nabi Syuaib, Nabi Musa dan Nabi Muhammad. Allah ibaratkan permintaan/ pengharapan selain dari Allah adalah seperti SARANG LABAH-LABAH yakni rumah yang sangat lemah pada pe
Recent posts

Mari Mengenal: Rahsia Double 7

Assalamualaikum, Tajuk hamba hari ini berkaitan dengan Rahsia Double 7. Wow. Semua orang nak tahu kan apa bunganya dan apa buahnya. Mari kita lihat sama-sama. Double 7 ini sebenarnya bukanlah sebuah pertubuhan yang asing di Malaysia. Mereka mempunyai banyak organisasi yang bernaung dibawah... STOP. Bukan ini yang ingin hamba bicarakan. Tekun membaca ye. he3 Hamba nak Kongsi sama tuan-tuan Double 7 yang paling atas dan hebat adalah apabila kita kenal sifat yang dipinjamkan kepada kita oleh Allah S.W.T. Tuan-tuan cuba lihat diri sendiri berapa kurniaan Allah yang diberi kepada kita. Sifat kehendak, kuasa/upaya, ilmu/akal, hidup, dengar, lihat dan berkata-kata . Nikmat yang sangat besar sebenarnya kepada kita. Cuma kita yang lupa. Kasihan. Jadi, 7 sifat tadi jika diteliti diberikan kepada kita maka wajiblah yang Empunya sifat juga mempunyai 7 sifat yang dipinjamkan betul tak? Tidak bermakna Allah itu hanya mempunyai sifat itu sahaja malah Allah sifatnya meluas hingga dihitung se

Salam

Salam Salam Bersalaman, Salam Kosong Kosong Hamba Sembahkan, Jangan Malu Jangan Segan, Mari Kita Masuk Medan, 30 Juzuk Jadi Pegangan, Sembah bunga semarak kayangan, Sembah buah jadi permainan, Tidak Kira Menang Kalah, Kita Tetap Dalam Ukhwah. Ikhlas, Mr.Kosong.