Assalamualaikum w.b.t
Hari ini merupakan hari ke-3 Blog Mr Kosong. Pada hari ini kita akan bincangkan satu tajuk tentang Sarang Labah-Labah. Sarang Labah-Labah jika diterjemahkan dalam bahasa inggeris maka ia akan digelar SPIDER WEB. Dalam bahasa arab pula ia digelar Al-ANKABUT. Mudahkan nak mengenal namanya. Tak Kenal Maka Tak Cinta.
Al-Ankabut ini merupakan nama bagi satu surah Al-Quran. Terdiri dari 69 ayat dan merupakan surah ke 29. Jadi persoalannya, apakah yang perlu kita ambil dari surah ini? Sama-sama kita selusuri apa yang terdapat dalam surah ini. Antaranya:
Mengapa semua ini dikhabarkan dengan teliti oleh Allah? Ini kerana, jalan inilah yang menjadi tunggak atau harapan untuk kita mencapai redha-Nya.
Ketahuilah Wahai Sahabat Perjuangan,
Sarang Labah-Labah bukan tanda berkuasa tapi ia merujuk kepada tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya. Jalan mana yang harus dilalui dan jalan mana yang perlu kita tempuhi serta kemana hala tuju jalan yang sedang kita pijak ini. Adakah Murka atau Redha yang kita perolehi.
Faham-fahamkan dan Selamat Beramal.
Firman Allah:
Maksudnya:
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.
(Surah Al-Bayyinah: 98: 5)
☺☺☺
Salam Ikhlas,
Mr.Kosong.

- Awalnya surah ini Allah mengkhabarkan kepada kita tentang semua jalan kehidupan yang Islam syariatkan.
- Allah memberikan tamsilan (perbandingan) di antara orang Islam dan Munafik.
- Allah menceritakan kisah Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Luth, Nabi Syuaib, Nabi Musa dan Nabi Muhammad.
- Allah ibaratkan permintaan/ pengharapan selain dari Allah adalah seperti SARANG LABAH-LABAH yakni rumah yang sangat lemah pada penciptaan-Nya.
- Allah memberitahu pada kita bahawa dunia ini hanya permainan dan tempat singgahan.
- Allah menceritakan tentang azab yang akan diberikan kepada hamba yang ingkar dan derhaka.
- Allah memberi khabar gembira kepada orang beriman.
Mengapa semua ini dikhabarkan dengan teliti oleh Allah? Ini kerana, jalan inilah yang menjadi tunggak atau harapan untuk kita mencapai redha-Nya.
Ketahuilah Wahai Sahabat Perjuangan,
Sarang Labah-Labah bukan tanda berkuasa tapi ia merujuk kepada tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya. Jalan mana yang harus dilalui dan jalan mana yang perlu kita tempuhi serta kemana hala tuju jalan yang sedang kita pijak ini. Adakah Murka atau Redha yang kita perolehi.
Faham-fahamkan dan Selamat Beramal.
Firman Allah:
Maksudnya:
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.
(Surah Al-Bayyinah: 98: 5)
☺☺☺
Salam Ikhlas,
Mr.Kosong.
Comments
Post a Comment